Sektor teknologi siap sedia hadapi lebih banyak pemberhentian kerja

Berita Harian

September 27, 2022

Original Source

INDUSTRI teknologi Asia Tenggara sedang bersiap sedia untuk pemberhentian kerja yang lebih banyak selepas beberapa pemain berprofil tinggi memberhentikan pekerja dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ini berlaku di tengah-tengah persekitaran yang semakin tidak menentu dan kelembapan mendapatkan pembiayaan.

Sesetengah pelabur telah menggesa syarikat pemula, atau 'start-up,' portfolio mereka untuk membina wang tunai mereka untuk menampung selama 24 bulan.

...

Pemberhentian secara amnya datang dari syarikat-syarikat yang telah mengambil pekerja baru dengan lebih agresif pada tahun-tahun yang lalu, tetapi kini mendapati diri mereka terpaksa lebih berjimat dari segi kewangan dengan peralihan dalam sentimen pasaran, kata pengasas bersama platform menyewa teknologi NodeFlair, Encik Adrian Goh.